Tuesday, 5 December 2017

Old Street Commercial Center, Batu Pahat

Assalamualaikum

Haha... Dah bertahun dapat title orang batu pahat sejak kahwin dengan en.husband.. Tapi apa pun tak tahu... Satu hari tu , lepas attend majlis kahwin area bandar tiba tiba rombongan cik kiah suggest pergi menziarah Old Street ni... Kata orang cantik betol tempatnya....

Malam baru cantik sebab tarikan dia sebenarnya lampu lampu yang bergelimpangan... tapi, bila hadap sendiri, serabut pulak sebab gelap gulita rasanya. harapkan lampu lampu kedai nya je. Nak bergambar pun kena pilih kamera tau. Kalau setakat oppo Neo, memang kelamm jelah jawabnye nakk...


Nampak, Bangunan dia memang kawasan kedai... Old Street tu dekat rooftop sahaja... Sebab tu jammed even malam.

Disebabkan Old Town Commercial center ni betul betul tengah bandar. Maka , memang sesak dan crowded. Nak masuk simpang pun jammed. Nak parking apatah lagi.... Rezeki kami, dapat parking elok je depan kedai walau pun masa tu dekat pukul 8. Peak Hour!
  ok, dua dua kat atas ni gambar google...  cantik kan.. mungkin time nak maghrib baru rasa feel dia sebab tak terlalu terang tak terlalu gelap....


Hehehe, ok kalau korang pusing pusing bangunan tu nampak teddy bear besar ni maknanya betul dah tu jalan masuk dia. terus naik tingkat 2 dengan yakin ye...

Sampai atas je, terus nampak banyak karakter kegemaran anak anak.. Moh tangkap gambar ikut giliran yek.. Hehe..sebab amatlah crowded. 







lepas bergambar, ada 3 jenis mainan je berbayar... Naik kuda pusing macam funfair tu (RM5), naik kereta (RM5 15 minit) dengan main tembak tembak rm5 10 peluru tak silap... Then, kitorang pilihlah naik kereta ni 2 sesi untuk 2 orang kanak kanak ni..... rasa ni yang paling berbaloi...





lepas tu berjalan ke area yang macam foodcourt...



 candid failed! kah! :)



ok, kat sini kitorang merasa Hokkaido ice cream puff..


gambar google yek. sebab makcik rakus!.. Overall.. memang nice.rare lah makan camni....puff dia memang rangup sedap.. Ice cream dia memang penuh camtuh... Boleh repeat!

Lepas tu belikan ainaa PopCorn...tapi tak sedap sungguh.. rasa macam Lemau dan kurang rasa...... tapi mahei! satu cup tu dalam RM5 tak silap.




No comments:

Post a Comment

terima kasih