Thursday, 14 December 2017

macamana nak buat pengeluaran duit KWSP akaun 2

Assalamualaikum

confirm! ramai yang tertanya tanya macamana nak buat pengeluaran EPF ni... termasuklaah makk...akhirnyaa jelas clear bila kita sendiri involve kan diri dalam real proses.. :))

ok, kita citer pasal prosedur dulu. Ada 3 jenis pengeluaran yang korang boleh buat sebenarnya guna akaun 2 KWSP ni... 
1) pembayaran hutang pendidikan
2)pembayaran ansuran/renovate rumah
3)pembiayaan untuk penyakit kritikal (seriously ni kami baru je tahu masa borak dengan staff kwsp)

Step yang paling 1st sekali, mohla korang sign up dekat portal kwsp kat sini...Simple je step dia. korang just follow the instruction. Ini tak perlu penerangan step by step. Cuma, korang kena call no ni je untuk sebarang pertanyaan 03-89226000.. means pertanyaan berkenaan nombor kwsp korang ke.. or else. So far, memang tip top, call je , operator akan jawab dengan mesra... even, korang nak suh dorang registerkan akaun kwsp korang pun boleh sesiap...

lepastu sambung je apply e-pengeluaran secara online... kalau korang nak apply pengeluaran untuk pembiayaan ptptn, call je 03-21933000... boleh mintak maklumat berkenaan nombor pinjaman, tarikh start pinjaman dan sebagainya lagi... memang simple.. tak payah bersesak keluar sana sini beratur bagai.

Once dah submit applications,  dalam masa 3 hari KWSP akan hantar notification melalui sms... Sama ada permohonan diluluskan atau tidak. Kalau lulus, kena pergi cop jari dan bawa dokumen yang diperlukan dalam tempoh masa yang ditetapkan... Dan, kalau tak lulus, apply lagi... jangan putus asa k...

macam makkk.... kami pergi branch yang terdekat, Pejabat KWSP Puchong. Alamat dia:

 No.19,
Jalan Bandar Lapan Belas,
Pusat Bandar Puchong,
47160 Puchong, Selangor.

Nombor Faks : 03-80769649
Waktu Operasi Pejabat
Hari: Isnin - Jumaat
Waktu: 8.15 pg - 5.15 ptg




pergilah awal pagi yek.... lapangg mata memilih parking lot. hehehehe


tetapi ingat, prosedur untuk pengeluaran bagi tiga tiga jenis ni berbeza. 
1) pembayaran hutang pendidikan
 ( korang wajib bawa transkrip result dan sijil original & copy) IC pun bawak ye...

2)pembayaran ansuran/renovate rumah 
( Ni, korang kena mintak statement dari bank yang kita buat pinjaman loan rumah.... Statement ni mesti spesifik mention untuk pengeluaran KWSP... dan statement ni yang paling leceh... sebab kena tungggu dalam 3 minggu baru boleh dapat.... either pos atau self-collect dekat bank) lepastu sila bawa ke KWSP dengan IC sekali ya.

Lepas cop jari semua selesai... dalam masa 14 hari amaun yang dimohon akan terus di transer... 
1) PTPTN ( terus ke PTPTN)
2) Ansuran rumah (Terus ke akaun peribadi, then pandai pandailah korang bayar sendiri)

Ni interior design dalam KWSP Puchong...


 selesa dan banyakk kaunter yang disediakan.... tak payah tunggu lama lama...nombor anda akan dipanggil dengan segera.


Tapi ingat tau!!.. segala benda nak fotocopy mohon sediakan awal awal... Sebab memang xde tempat fotostate dalam Bangunan KWSP ni.... Satu kerja pulak kang korang nak mencari kedai fotostet...

maklumat tambahan!!....RAMAI YANG CONFUSE ...Jangan lupa buat penamaan waris KWSP ye... kalau x, burn lah duit korang dalam tu menanti urusan yang tak selesai... DAN jangan lah letak penama tu anak korang yang baru je setahun jagung... sebab kalau korang meninggal sebelum anak tu cukup umur , KWSP hanya akan membayar duit hibah/hadiah sebanyak RM2500.....

Better letak penama yang memang berkelayakan untuk menguruskan duit korang untuk anak anak nanti.... Penama ni akan dapat semua duit KWSP korang (Akaun 1 & akaun 2)....

jelas ? :)

hehe.. #sharing is #Loving

 

No comments:

Post a Comment

terima kasih