Tuesday, 26 September 2017

Kisah CikKiah renovate rumah - part 3 (Vynil Floor)

Assalamualaikum

ok ni part last cerita pasal floor renovate ni..
disebabkan dah trauma terok dengan tiles plus tabung ayam pun dah tak berapa berbunyi. 
kami survey alternatif lain... summary atas hasil analisis selama berminggu minggu::

tikar getah
tak suka tikar getah... rasa macam old school sangat, plus rasa macam tak bersih sebab lama lama lapik bawah tu akan basah dan boleh mengundang bau 

laminated Floor (like wood floor)
Haa.. yang ni ramai yang terpengaruh... haritu kami ternampak promo fb. katanya laminated floor murah dan bagus. siap free inspection ukur rumah bagai... laju laju makcik pm seller tersebut....

masa tarikhnya, datanglah seorang chinese mengukur beriya ruang tamu dan 1 bilik untuk proses meng'laminated' lah kononnya.... dia siap bawa sample untuk makcik pilih design bagai.

haa tengok memang cantik, feels memang smart..... TAPI.... the fact is laminated floor bukan kayu..Bukan Kayu! dia macam sejenis kadbod tebal yang dilapik mampat jadi macam kayu.... permukaan pun di design 'like' kayu.... 


Maka, secara logik nya... lama lama dia akan mengembang kalau terkena air.. Plus, tak boleh sesuka hati nak men diy sebab nak potong 'laminated' tu kena guna pemotong khas.... Harga dia lebih mahal . Nah, makcik belanja quotation:




Kasar sangat kos nya...... macam kos pasang tiles baru plak..... Makcik reject! 


Next! Vynil Floor (Our choice) 

dia sejenis sebijik saiz macam laminated floor... Cuma material dia macam tikar getah... tapi lagi tebal dan kukuh... proses memasang dan memotong sangatlah mudah, just potong pakai pisau pemotong pelbagai guna biasa tu.  dan gamkan atas permukaan simen.

Masa dah menekad nak beli, kami survey paling murah RM2.50 /sqf.. plus gam RM 45 satu tong . ukuran rumah kami refer pada ukuran kontraktor laminated floor tadi. jadi anggaran dalam 300 sqft untuk hall dan 1 bilik kecil.. 

masa nak beli, ternampak pulaak Promo clearance Floor Depot  RM1.91/sqft.... apa lagi laju laju beli. design masa tu xkira dah.. asal murah katanya.... heee. lepastu tong gam ambil 2 unit kat kedai pertama yang xjadi beli vynil floor .. sebab harga gam kat floor depot dalam RM 60++ xsilap[

jadi total kos. 641.09 + (rm45x2) = RM 731.09 untuk total kos tiles .... Beza macam langit dan bumi dengan kos laminated floor!





Ok, dah beli... apa lagi proses diy bermula...Allah! senang sangat... cuma bermandi gam lah yang leceh nak menyental....hee

mula mula, kami tuang gam di separuh bahagian yang nak mula buat. tinggalkan space kering untuk senang memijak.... Gam dia putih melepak macam gambar kat bawah ni.... masa tuang tu rasa macam tuang cat putih je.



Lepastu tunggu dalam 15-20 minit sampai gam bertukar warna jernih... ha! bila dah macam ni memang menyesal kalau terpijak.. kuat betul lekat dia.
 

Last sekali , proses menampal satu satu.. macam kat bawah kami tampal style tampal batu bata, berselang hujungnya supaya lagi kukuh tak menjungkit in case.. paling mencabar bila nak potong... make sure potong lurus supaya hujung dinding nampak kemas.....
 

Finally! taraaa.... dah siap... Sejurus lepas tampal anak anak dah boleh main lari lari ... x de kes cat menjuih terkeluar dan lain lain...

Then, shockly! guess what???? ukuran yang chinese tu buat sebelum ni over quote sangat!!.... extraa gila gila vynil tu sampai boleh tampal lantai 1 bilik stor lagi (which is lagi besar dari bilik yang sepatutnya nak pasang)..... 
Hermm... nyaris mendapat penipuan kontraktor lagi.... Alhamdulillah Allah tolong kami beri ilham yang jauhh lebih baik.
 

Done misi membetulkan lantai rumah..Misi membersih, mengemas, menghias rumah in progress...!






No comments:

Post a Comment

terima kasih