Friday, 16 March 2018

kos menyewa tangki oksigen untuk bantuan pernafasan

Assalamualaikum

Lama sangat nih menyepi... Harini genap seminggu permergian Arwah mak yang tersayang... Terbayang bayang lagi Jumaat lepas sama time macam ni kami tengah mandikan arwah.... Entry pemergian arwah, saya belum merasa kuat untuk menaip...

Harini kami nak share berkenaan kos penyewaan tangki oksigen.. Rasa terpanggil untuk berkongsi dekat sini... Sebab, masa keadaan kami perlukan sangat tangki oksigen ni, buat search dalam blog, tak ramai yang buat perkongsian.... Semoga sharing kami dapat membantu....

Sebenarnya, tahap kesihatan mak terlalu kritikal.. Hanya bergantung sepenuhnya... ya, Seratus peratus sepenuhnya pada tangki oksigen... Itu pun arwah mak dah gunakan mask oksigen yang paling tinggi dos. Dah paling maksimum 15Liter.... Arwah mak menghidap sakit jangkitan kuman dalam paru paru...... sebab itu pernafasannya sangat kritikal. Bila dah menghadapi situasi ni, baru kami faham fungsi dan beza oksigen ni...

Oksigen banyak peringkat rupanya, mulanya mak hanya pakai bantuan oksigen kecik ni je.


2 lubang kecik tu akan disambung ke bawah hidung. ni belum tahap kritikal.. even tercabut tercabut pun belum beri kesan sangat...

Lepastu tiba tiba jantung mak lemah untuk mengepam udara... Doctor tukarkan kepada topeng oksigen yang besar sikit.

Jenis ni kena refil oksigen agak kerap jugak.. nampak gas gas bila mak tarik nafas... Tapi mak masih relax lagi...

Sampai satu tahap, tiba tiba jantung mak makin lemah, Doctor tukarkan Mask yang lain, yang ada kantung udara...

Rupanya rupanya sesiapa yang pakai mask jenis ni dah kritikal sangat pernafasannya.... Oksigen memang sangat kerap kena refil... kena alert bila airnya habis..... Dan sekiranya oksigen ni tertanggal, penggantian perlu dibuat dalam masa 10 minit sahaja... Maknanya pesakit memang tak boleh bernafas sendiri lebih dari 10 minit..

Allah! masa pakai mask ni.... nampak nafas mak sangat tercungap cungap..... mak bertahan selama 14 hari di Hospital Sultan Ismail JB. Dalam tempoh tu, kami ada mencadangkan untuk bawa mak balik ke rumah.

Dalam usaha nak bawa mak balik, doktor memang beri penerangan dan keperluan secara lengkap supaya kami bersedia....

Pertama: Dapatkan Ambulan dengan peralatan oksigen sekali.... perjalanan HSI, JB ke Kota Tinggi..

- 3 harga yang sempat kami survey:
* RM250 satu perjalanan termasuk  oksigen
* RM280 satu perjalanan termasuk oksigen bawah 5 liter. lebih 5 liter perlu tambah RM50.
* Kos yang paling mahal kami survey.. RM500 sekali perjalanan siap dengan oksigen

Kedua: Sediakan Oksigen siap siap di rumah. Means, lepas je turun ambulans, pastikan tangki oksigen kat rumah dah tersedia untuk terus dipasang . Untuk kes arwah mak, mak perlukan Oksigen paling maksimum 15 Liter. untuk menyewa tangki oksigen 15 Liter, 1 tangki hanya bertahan selama 9 jam.. Maknanya kami perlu sediakan sekurang kurangnya 3 tangki sehari untuk bantuan pernafasan Arwah mak....

- 2 harga yang sempat kami survey untuk penyewaan tangki oksigen 15Liter
* 1 tangki RM 300 ( sehari RM900)
* 1 tangki RM 700 (sehari RM2100)

Perbelanjaan memang agak besar... Ditambah pula, waktu dan tempat untuk melakukan survey agak terhad. Saya cadangkan jika ada yang memerlukan, buatlah perbincangan bersama doktor/nurse, mungkin mereka dapat membantu kita dapatkan yang terbaik... Sebab perbezaan harga antara satu syarikat dengan syarikat lain agak jauh untuk barangan yang sama.... Mungkin servisnya yang agak berbeza sedikit...

Harap perkongsian saya ini dapat membantu..... Saya mohon sedekahkan Alfatihah untuk arwah ibu dan ayah saya.... Alfatihah



No comments:

Post a Comment

terima kasih