tiba tiba lepas lunch ni macam terpanggil untuk share tips beli rumah second hand...
rasanya ramai yang tengah tercari cari rumah...
teringat pulak masa tengah terkontang kanting nak beli...beriya buka blog cari tips..tapi kebanyakkannya tips dari orang orang yang memang berduit dan beli rumah untuk disewakan...jadi macam xmenjawab sangat persoalan yang bermain diminda...
tips personal dari saya...
first sekali kena rajin cari rumah..untuk ambik keputusan beli rumah ni...kitorang da visit hampir 10 biji rumah..servey di mudah setiap hari dan sms berpuluh puluh ejen...sila jadi manusia yang cerewet! tapi jangan tahap dewa cerewetnya...
PENTING!
ambil kira faktor persekitaran, jiran, kemudahan masjid, kedai dan tengok sekali reputasi pembangunan..mana tau kan pasni nak sewa kan ke...
hmm...tentang faktor kejauhan dengan tempat kerja..
mula mula kitorang jadikan benda tu sebagai point utama...tapi dengan bajet yang limit..tu yang asyik direkemenkan dengan kawasan yang bukan bukan....busuk lagi..crowded lagi...eeewww...keluar jek konfim mual mual lepastu en. ayah cepat cepat geleng...kesian tgk muka anak nak membesar tempat macam tu....
alhamdulillah akhirnya dapat jugak dekat Putra Perdana ni...majoriti penduduknya melayu islam...walaupon kebanyakannya ada juga Indonesia..tapi yang berkeluarga...
kedudukan dengan masjid pun dekat sahaja..dalam 5 minit je kalau naik kereta...masjid yang selalu di imarahkan..dekat dengan pasaraya...perjalanan 10 minit ke Tesco bandar bukit Puchong..kira ok la...sesuai dengan bajet poket....WALAUPUN jauhh dengan tempat kerja...
tapi masa nilah kita kena bijak bermain dengan strategi masa...
hari hari ni jelah kerja Raudhah..merenung di luar jendela...lagi lagi kalau dengar moto jual aiskrim tu lalu...'maaf nak, mami kalau da naik xdan da nak turun...tercungap cungap..'
pastikan!
-ejen yang dipilih adalah ejen yang boleh dipercayai...means..kalau dia minta deposit rumah..pastikan jangan bagi cash..bank in n pastikan bukan personal account...make sure account company atau account lawyer...macam kes kami, kami masukkan terus kat akaun lawyer.
-dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang owner lama..kenapa nak jual rumah, bila rumah ni di beli, rumah ni da dibina berapa tahun, pernah disewakan ke x.. (info ni kena risik jugak dekat jiran jiran)..agent for sure akan cover line.
-periksa kerosakan rumah .. pastikan mana bahagian yang perlu dibaiki... highlightkan pada agent supaya owner baiki sebelum kita masuk... n masa ini sila gunakan kuasa lawyer ok.. supaya xditipu dengan janji janji kosong. masa kami dulu, lawyer siap hold kan sebahagian duit owner n minta kitorang update kalau ada part yang owner xsetlekan. ni termasuk tunggakan bil api, air, maintenance, indah water dan peralatan asas dalam rumah.
ok mungkin ni je kot tips yang paling penting..selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
terima kasih