Wednesday 19 February 2014

OREO truffle

salam

pagi tadi akhirnya aku keluarkan jugak truffle ni dari peti ais selepas 2 hari terperap...
eh ni bukan resepi oreo truffle versi main perap-perap..ni sebab xsempat sempat nak keluarkan...

tujuan buat ni pon sebab nampak kat dalam blog resepinya semudah 1,2,3..tinggg..
ini dia hasilnya..


 dari segi presentation berkerepot sket sebab coklat xkering lagi aku da xsabar sabar nak angkat..tu kalau biarkan lama skit kat peti tu msti da smooth je n kilat berkilau..

bila potong tengok dalam dia macam ni...memang sama lah dengan resepi...tapi bila rasa..macam kureng skit..sebab bagi pendapat aku oreo ni xberapa match dengan coklat...mungkin next time kalau pakai coklat sepenuhnya atau tambah kacang sikit mungin lagi sedap.....

ok resepi: ni versi buat sikit supaya xmembazir kalau xjadi...hehe

6 keping biskut oreo dihancurkan (buangkan krim oreo)
2 sudu mentega (dicairkan)
satu cawan kecil coklat masakan 
setengah cawan kecil whipping cream

cara cara:

 1) campurkan biskut yang telah dihancurkan dengan mentega... rasa rasa dia da sebati, 
bentukkan jadi bentuk bulat. lepastu masukkan dalam peti sejuk

2) cairkan coklat + whipping cream guna kaedah double-boiling ( letakkan mangkuk berisi coklat tu atas periuk yang telah didihkan air )..make sure mangkuk stainless steel tau..

3) keluarkan balik oreo tadi..celupkan dengan coklat tadi n masukkan balik dalam peti ais...
biarkan dalam 2-3 jam..lepastu da boleh keluarkan balik .. 


plating kan cantik cantik dan bolehla makan sikit demi sedikit...


No comments:

Post a Comment

terima kasih